Sunday, 29 July 2012

Perbarisan Tabik Hormat Lawatan Pro Canselor UMK

                                         PAKAIAN NO. 3

Anggota wataniah UMK bergambar kenangan selepas tamat perbarisan tabik hormat sempena Lawatan Pro Canselor UMK ke Universiti Malaysia Kelantan pada 30 November 2011.

Wednesday, 25 July 2012

Sejarah AW


Rejimen Askar Wataniah (AW)

Rejimen Askar wataniah merupakan Rejimen yang di tugaskan sebagai barisan kedua dalam mempertahankan kedudukan negara dari sebarang ancaman musuh negara. Rejimen ini di latih sepenuhnya oleh angkatan tentera malaysia yang bertugas sebagai anggota tetap. Segala bentuk latihan yang di berikan adalah berdasarkan pada latihan yang di berikan kepada anggota tetap.

Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.


Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).

Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, darurat 1948-1960 dan konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai 'Home Guard'. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.



Matlamat latihan AW adalah untuk menyediakan satu Angkatan Sukarela Tentera Darat yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan dalam masa yang singkat serta berupaya menjalankan tugas operasi tanpa memberikan banyak gangguan kepada ekonomi dan penghidupan sosial negara. Dengan itu, pendekatan latihan ialah untuk melatih pegawai dan anggota Sukarela dengan pengetahuan ilmu ketenteraan supaya mempunyai kemahiran dan sikap positif untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan sesuai dengan peranan Kor masing-masing. Dalam konteks perkembangan AW ke arah tahun 2000, peranan dan tugas AW adalah selari dengan peranan Angkatan Tetap. Oleh itu, setiap pihak yang terlibat harus menyedari tanggungjawab masing-masing dan memahami segala aspek yang berkaitan dengan latihan supaya matlamat AW dapat dicapai dengan sempurna.

Tuesday, 24 July 2012

Lawatan Ke Universitas Pertahanan Bandung Indonesia




Assalamualaikum & Salam Perjuangan... pada 03/07/2012 Platun Umk telah menghantar sekumpulan 13 orang pelajar yg juga merupakan anggota wataniah umk ke Bandung, Indonesia... lawatan tersebut merupakan kerjasama antara Platun Umk dengan pihak Universitas Pertahanan di bandung Indonesia.. lawatan tersebut di ketuai oleh saudara Riki Karmido selaku pengarah projek lawatan tersebut yg juga banyak di bantu serta di sokong oleh Mejar (K) Pauzi Pak Chu.













Assalamualaikum dan Salam Perjuangan, di harap semua anggota berada dalam keadaan sihat & sejahtera hendaknya... bagi yg beragama islam, bagaimana puasa anda?? so far so good?? or not good?? tiada apa yg hendak saya katakan pada kali ini selaku pentadbir blog ini, cuma ingin sampaikan sedikit pesanan kepada anggota2 terutamanya anngota yg baru sahaja mendapat no.badan... tahniah di ucapkan kerana ini menandakan bahawa anda telah layak berkhidmat selama tempoh 5 tahun dari tarikh anda di daftarkan.. dengan ini juga anda layak mendapat elaun ataupun gaji ( tu pun kalau rajin gi latihan lerr ) serta keistimewaan2 yg di peroleh oleh anggota terdahulu... saya juga memohon agar semua anggota baru supaya menjalani kursus asas perajurit muda yg bakal diadakan pada masa hadapan kelak.. kerana dengan menghadiri kursus ini... anda bakal di dedahkan dengan asas2 pelajaran tentera yg seragam seluruh Malaysia... ianya satu kerugian jika anda tidak menyertai kursus ini kerana selepas tamat kursus anda baka di naikan pangkat kepada prebet...
sekian.. berkhidmat untuk negara

Assalamualaikum

Assalamualaikum wbt. maaf di atas segala kesulitan yg dihadapi.. laman blog ini merupakan laman blog platun umk rejimen 506 askar wataniah... mulai saat ini laman ini akan menjadi laman blog rasmi bagi pasukan sukarelawan tentera umk yg telah tertubuh semenjak tahun 2008 lagi.. segala info yg berguna akan di salurkan menerusi laman blog ini... sekian berkhidmat untuk negara...