Saturday, 4 August 2012

LATIHAN TEMPATAN

Julung kalinya Latihan Tempatan telah dijalankan pada 25 - 26 Mac 2012
bertempat
di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok.



Pbt Nor Syazila sedang melapor jumlah anggota kepada YDP Pbt Fahmi Yahyaudin bagi memulakan aktiviti.

Ketua Platun sedang memberi arahan pelajar kawad kaki. Kelihatan anggota baru sungguh bersemangat.
Anggota lelaki pun ada. Apa senyum-senyum. Serius lah...
Baris......... Sediap.
 Rehatkan diri.
Sjn. Nek Kamil sedang memberi arahan kawad kaki.


 Lt. Muda Anuar dan Sjn. Zailan sedang bebincang.
Anggota sedang mendengar taklimat arahan daripada jurulatih.
Bergerak ke kire... ke kire................ pusing!.
Satu dua... satup.



Kapten Hasyim sedang mengajar ilmu ketenteraan kepada anggota.

















Sjn. Nek Kamil

Pbt Aziz



Inilah padang kawad UMK Bachok.

Friday, 3 August 2012

MAJLIS TAUTAN MAHABBAH DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) 2011 BERTEMPAT DI DEWAN TERBUKA KEUSAHAWANAN UMK

Majlis Tautan Mahabbah dan Mesyuarat Agung Tahunan Wataniah UMK telah diadakan pada 16 Disember 2011 bertempat di Dewan Terbuka Keusahawanan, UMK Pengkalan Chepa.

Tujuan Majlis Tautan Mahabbah ini diadakan ialah untuk mengumpul dan beramah mesra semua ahli senior dan junior. Mudah nanti kami nak buat program berikutnya.

Selepas itu kami adakan pula Mesyuarat Agung Tahun (AGM) bagi memilih AJK sesi 2012. Pbt Mohd Fahmi bin Yahyaudin telah dilantik sebagai YDP berkuatkuasa 1 Januari - 31 Disember 2012. Tahniah diucapkan.

Terima kasih diucapkan kepada Kapten Hasyim, Pegawai Urus Tadbir daripada Rej. 506 yang berpengkalan di Pengkalan Chepa sudi datang merasmikan program tersebut.

Terima kasih tidak terhingga kepada Mej (K) Pauzi bin Pak Chu, Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar selaku Penasihat Pasukan Askar Wataniah UMK kerana menjadi icon kepada anggota terus bersemangat merealisasikan pelajar yang berjiwa tentera yang berdisiplin.


 Anggota bergambar kenangan menandakan bermulanya program.

Kelihatan PM Riki Karmido Yunaidi (kanan), Pbt Chan Chin Hui (tengah), Pbt Shafik serta anggota lain semasa majlis perasmian.


Pbt Lili Ajik, Pbt Santi Samawi, Mantan YDP-Pbt Mohd Tarmizi Mohd Yusoff (Abah) serta lain anggota mendengar taklimat AGM yang dipengerusikan oleh YDP Pbt Abdul Somad Yahya.



Apa yang lucu sangat tu. Pbt Akmal, Pbt Nik Rufaidah dan lain-lainnya. Pengerusi buat lawak ke?



Kelihatan Pengerusi dan di bantu Pbt Nor Asmahazirah sedang menyampaikan kata-kata aluan. Serius nampak..



 Ucapan daripada Setiausaha yang dilantik.



Barisan AJK sesi 2012 yang dilantik. Pengerusi membuat ucapan terima kasih kepada kepimpinan baru. Sila jalankan tugas dengan amanah, bersemangat, dan buat banyak-banyak program ye.



Apalah yang best sangat yang dilihat oleh rakan kita nik yek.. agaknya makan dah siap kot.. member junior di belakang tu tengah perhati tau... control sikit...










"SELAMAT MAJU JAYA ASKAR WATANIAH PLATUN UMK"

Thursday, 2 August 2012

KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA PALAPES UMS BERTEMPAT DI KG. SINISIAN, KUNDASANG, SABAH

Tanggal 1 Julai 2011 Pasukan Askar Wataniah UMK telah mengadakan 'Program Khidmat Masyarakat Bersama Palapes Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertempat di Kg. Sinisian, Kundasang, Sabah.
Sebagai badan beruniform di UMK kami mengorak langkah sejak mula penubuhannya pada tahun 2008.


Replika Batu hasil kreativiti penduduk Kg. Sinisian, Kundasang,
Ranau, Sabah.














YDP Pbt Abdul Somad Yahya kelihatan sungguh teruja dapat menyumbang tenaga
bagi mengetuai program khidmat masyarakat tersebut.
Atas daya inisiatif penduduk, Walai Tokou Homestay,
Kg. Sinisian ditubuhkan bagi kemudahan kepada para
pelancong yang ingin menginap.



Wataniah UMK bergambar kenangan
bersama PALAPES UMS

Kelihatan YDP Pbt Mohd Tarmizi Mohd Yusoff dan rakan-rakan
anggota mengabadikan kenangan. Suhu sangat sejuk.
Kami disambut dengan iringan kumpulan pancaragam akuistika
oleh adik-adik yang arif bermain muzik tradisional. Semua alat
muzik diperbuat daripada buluh dn bahan terpakai. Sungguh unik.




Alat muzik di perbuat daripada buluh.


Alat muzik diperbuat daripada buluh.

Alunan nyanyian tradisional Sabah oleh adik Mira. Suaranya
ada klas gitu...
                          




















Adik Amirul sedang bermain alat muzik somputun.
Bakat seni yang dimiliki mempunyai nilai kormesial.
Adik Hassan sedang bermain seruling bamboo.










Mej (K) Pauzi bin Pak Chu dengan gaya tersendiri
apabila diminta mencuba seruling. Menakjubkan, buat kali
pertama meniup alat tersebut berbunyi dengan baik.
Syabas tuan!


Mej (K) Pauzi bin Pak Chu menyampaikan
cenderahati kepada Mr. Koh menandakan
Wataniah UMK telah mengadakan Program Khidmat
Masyarakat di Kg. Sinisian, Kundasang, Sabah. Selamat Berjaya


Cenderahati kenangan daripada Presiden Walai Tokou Homstay
Mr. Koh kepada Mej (K) Pauzi bin Pak Chu.
Terima Kasih Daun Keladi, Lain Tahun Kami Datang lagi.


Wednesday, 1 August 2012

GERAK GEMPUR KINABALU 2011


Program Gerak Gempur Kinabalu telah diadakan pada 3 - 6 Julai 2011. Anggota Wataniah UMk yang terlibat [ Mej (K) Pauzi bin Pak Chu, Pbt Abd Aziz Masod, Pbt Abdul Somad Yahya, Pbt Mohd. Tarmizi Mohd Yusoff, Pbt Mohd Khairul Shukri Abdul Rashid, Pbt Mohd Nazri Hanapiah Sudin, Pbt Zulkifli Mohd Zan, Pbt Santi Samawi, Pbt Nor Asmahazirah Hamdan, Pbt Roziyana Rosman, Pbt Chan Chin Hui, Pbt Norlili Ajik, Pbt Norhafina Abu Bakar, Pbt Anizawana Zakaria, Pbt Fauzi Awang Hamat, Pbt Shukri Muhamad, Pbt Hafizul Ngadnin, Pbt Wan Norshahida Wan Zulkifli, Pbt Mohd Shafik Mohd Noh, Pbt Sukira Norimi Md. Fauzi, Pbt Nik Hafiszudin Nik Subardi ].



Majlis Penyerahan Bendera UMK oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Mortaza bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) untuk dikibarkan di atas Puncak Kinabalu.

 Anggota Wataniah UMK telah bersedia sepenuhnya menawan Puncak Kinabalu.
 Bendera UMK dan bendera Malaysia yang akan di kibar di Puncak Kinabalu. Mej (K) Pauzi bin Pak Chu mengetuai ekspedisi 'Gerak Gempur Kinabalu'.




GERAK GEMPUR BERMULA

 Peta Gunung Kinabalu sebagai panduan para pendaki. Masa Pendakian ke Laban Rata akan memakan masa antara 7 - 9 jam dan pendakian ke Puncak Kinabalu memakan masa 4 - 5 jam pendakian.


 Anggota Wataniah UMK bersarapan pagi sebelum pendakian pada 3 Julai 2011.




 Anggota Wataniah UMK memulakan pendakian melalui laluan Timpohon.




Anggota Wataniah UMK bergambar kenangan sebelum pendakian.




 Pbt Nik Hafiszudin Nik Subardi dan Pbt Roziyana Rosman memulakan pendakian.


Pbt Abd Aziz Masod dan Pbt Mohd Tarmizi Mohd Yusoff diketinggian 2634m.

 Pbt Abd Aziz Masod dan Pbt Rozyana Rosman telah sampai di Laban Rata diketinggian 3684m.





Laluan Sayat-Sayat ke Gunting Lagadan (Puncak tertinggi Kinabalu)
  Pbt Abd Aziz Masod dan Pbt Nor Asmahazirah Hamdan telah sampai di Sayat-Sayat.


Mej (K) Pauzi bin Pak Chu dan YDP Askar Wataniah UMK, Pbt Mohd. Tarmizi bin Mohd Yusoff telah sampai di Puncak Kinabalu. Bangganya.
 Pbt Mohd Fauzi Awang Hamat, Dr. Ika dari KL, Pbt  dan YDP Askar Wataniah UMK, Pbt Mohd. Shafik berada di atas awan di Puncak Kinabalu.

 Pbt Santi binti Samawi antara anggota wataniah paling bersemangat menawan Puncak Kinabalu. Teruskan... Rakan-rakan lain masing-masing berada di kedudukan berlainan tetapi tidak berjauhan antara satu sama lain.

Bendera Malaysia dan UMK dikibarkan di Puncak Kinabalu. Kami telah berjaya.menikmati kebesaran Ilahi di Puncak Kinabalu.  Pada ketika itu kelihatan sebuah kapalterbang MAS melalui betul-betul di atas kami. Kami berada dipuncak lebih kurang 1/2 jam dan segera turun kerana kabus akan menutupi puncak kinabalu diketinggian 4095.2m.