Wednesday, 1 August 2012

GERAK GEMPUR KINABALU 2011


Program Gerak Gempur Kinabalu telah diadakan pada 3 - 6 Julai 2011. Anggota Wataniah UMk yang terlibat [ Mej (K) Pauzi bin Pak Chu, Pbt Abd Aziz Masod, Pbt Abdul Somad Yahya, Pbt Mohd. Tarmizi Mohd Yusoff, Pbt Mohd Khairul Shukri Abdul Rashid, Pbt Mohd Nazri Hanapiah Sudin, Pbt Zulkifli Mohd Zan, Pbt Santi Samawi, Pbt Nor Asmahazirah Hamdan, Pbt Roziyana Rosman, Pbt Chan Chin Hui, Pbt Norlili Ajik, Pbt Norhafina Abu Bakar, Pbt Anizawana Zakaria, Pbt Fauzi Awang Hamat, Pbt Shukri Muhamad, Pbt Hafizul Ngadnin, Pbt Wan Norshahida Wan Zulkifli, Pbt Mohd Shafik Mohd Noh, Pbt Sukira Norimi Md. Fauzi, Pbt Nik Hafiszudin Nik Subardi ].



Majlis Penyerahan Bendera UMK oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Mortaza bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) untuk dikibarkan di atas Puncak Kinabalu.

 Anggota Wataniah UMK telah bersedia sepenuhnya menawan Puncak Kinabalu.
 Bendera UMK dan bendera Malaysia yang akan di kibar di Puncak Kinabalu. Mej (K) Pauzi bin Pak Chu mengetuai ekspedisi 'Gerak Gempur Kinabalu'.




GERAK GEMPUR BERMULA

 Peta Gunung Kinabalu sebagai panduan para pendaki. Masa Pendakian ke Laban Rata akan memakan masa antara 7 - 9 jam dan pendakian ke Puncak Kinabalu memakan masa 4 - 5 jam pendakian.


 Anggota Wataniah UMK bersarapan pagi sebelum pendakian pada 3 Julai 2011.




 Anggota Wataniah UMK memulakan pendakian melalui laluan Timpohon.




Anggota Wataniah UMK bergambar kenangan sebelum pendakian.




 Pbt Nik Hafiszudin Nik Subardi dan Pbt Roziyana Rosman memulakan pendakian.


Pbt Abd Aziz Masod dan Pbt Mohd Tarmizi Mohd Yusoff diketinggian 2634m.

 Pbt Abd Aziz Masod dan Pbt Rozyana Rosman telah sampai di Laban Rata diketinggian 3684m.





Laluan Sayat-Sayat ke Gunting Lagadan (Puncak tertinggi Kinabalu)
  Pbt Abd Aziz Masod dan Pbt Nor Asmahazirah Hamdan telah sampai di Sayat-Sayat.


Mej (K) Pauzi bin Pak Chu dan YDP Askar Wataniah UMK, Pbt Mohd. Tarmizi bin Mohd Yusoff telah sampai di Puncak Kinabalu. Bangganya.
 Pbt Mohd Fauzi Awang Hamat, Dr. Ika dari KL, Pbt  dan YDP Askar Wataniah UMK, Pbt Mohd. Shafik berada di atas awan di Puncak Kinabalu.

 Pbt Santi binti Samawi antara anggota wataniah paling bersemangat menawan Puncak Kinabalu. Teruskan... Rakan-rakan lain masing-masing berada di kedudukan berlainan tetapi tidak berjauhan antara satu sama lain.

Bendera Malaysia dan UMK dikibarkan di Puncak Kinabalu. Kami telah berjaya.menikmati kebesaran Ilahi di Puncak Kinabalu.  Pada ketika itu kelihatan sebuah kapalterbang MAS melalui betul-betul di atas kami. Kami berada dipuncak lebih kurang 1/2 jam dan segera turun kerana kabus akan menutupi puncak kinabalu diketinggian 4095.2m.

No comments:

Post a Comment